Kualiti Servis Jepun

Jumaat lepas (3 Ogos), saya berpeluang pergi ke kawasan Kawaguchi-ko dan Fuji-san. Salah satu tempat pelancongan paling popular di Jepun.

Bertolak dari Kagoshima dengan penerbangan pertama JAL. Sampai di Lapangan terbang Haneda, terus beli tiket bas. Harga 2,470yen. Tempat duduk tak ditetapkan (free seating).

Pukul 10.15 bas sampai. Beg diserahkan pada kelindan bas untuk diletakkan di kotak simpan bagasi, dibawah perut bas.

Sebelum melangkah naik bas, kelindan bas datang menghampiri saya.
“Tempat duduk adalah free seating. Boleh duduk dimana saja. Cuma, tolong jangan duduk di seat paling belakang belah kanan, berhampiran tandas.”

Saya lihat kelindan bas pesan perkara yang sama pada setiap penumpang sebelum mereka melangkah masuk ke dalam bas.

Mengapa tak boleh duduk di seat berhampiran tandas tu? Persoalan ini berligar di dalam kepala saya selama beberapa ketika.

Bas berlepas tepat jam 10.20 pagi.

Continue reading “Kualiti Servis Jepun”

Pengakuan jujur seorang penjual ayam Halal Jepun

Secara jujurnya,
dalam facebook atau instagram peribadi,
saya tak kisah pun
orang nak follow ker,
nak like ker,
nak komen ker…
sebab saya tak kejar tu semua.

Saya aktif di media sosial ni,
sekadar untuk kepuasan diri,
untuk kenangan dan memori sendiri.

Orang lain, kalau nak follow silakan.
Nak like, silakan.
Nak komen, silakan.
Nak share, silakan.
Saya hargai semua tu.

Namun saya tak mengharap pun itu semua.
Semua saya buat atas kapasiti peribadi
dan untuk suka-suka sendiri.
Jadi, memang saya tak pernah stress main ni semua.
Saya post apa yang saya suka
dan apa saya rasa baik saja.

Namun, sejak saya diamanahkan
untuk manage semua akaun media sosial syarikat
seperti facebook, instagram, youtube dll,
terus terang, saya agak pening dan stress juga.

Pengurusan syarikat ukur achievement kita
dari jumlah followers, like, comment
dan respond dari followers.

So sekarang ni saya kena jadi
seorang pengejar LIKE, KOMEN dan RESPOND dari follower.
Semua post, gambar dan video yang saya buat setiap hari,
saya memang mengharapkan respond dari orang yang melihatnya.

Continue reading “Pengakuan jujur seorang penjual ayam Halal Jepun”