Tua-tua pun nak ambil lesen property agent

Catatan 11 Mar 2019, lepas makan tengahari (bento) di Ajinatori cafe.

Boss dari Fukuoka, Mr Ishibashi datang duduk berdepan dengan saya. Memang dia selalu tegur dan bersembang dengan saya. Hari ni lepas lunch, dia datang ke meja makan saya di cafe Ajinatori, dan bersembang dengan saya lagi.

Mr Ishibashi, tengah

Topik yang sempat saya sembang dengan dia hari ni ialah:

  • Kepentingan berjalan kaki
  • Dia kata, kena banyak berjalan kaki, bagus untuk kesihatan. Terutamanya orang yang tak ada masa untuk exercise.
  • Apabila berjalan, hampir semua anggota akan bergerak dan jadi aktif
  • Orang yang dah berumur, kalau tak bergerak banyak, akan mudah dihinggapi penyakit…. tahap keupayaan pun akan mudah jadi berkurangan/lemah, katanya.
  • Lesen untuk jadi agent property
  • Umur dia 68 tahun
  • Dia ambil masa 3 bulan untuk study dan ambil lesen tersebut
  • Percentage lulus lesen tersebut ialah 10~15%
  • Ada 50 soalan… mesti betul 35soalan dan ke atas baru lulus
  • Dia ambil sebab tak tahu berapa lama lagi akan hidup… just in case kalau hidup hingga 100 tahun… masih ada masa/peluang untuk guna
  • Tak rugi belajar ilmu
  • Dia kata, kalau nak belajar… masa muda adalah yang terbaik… sebab bila umur dah tua, banyak handy… kurang dari segi macam2 seperti keupayaan mengingat, pemahaman, kelajuan membaca etc.

  • Perihal hidup lepas mati
  • Sempat juga aku sembang pasal kehidupan lepas mati…. apa yang orang Islam percaya
  • Aku nyatakan, dalam umur seperti dia… kalau orang Malaysia, mungkin kebanyakan akan tak ambil pot sangat pasal dunia… nak ambil lesen la apa la… sorry… memang tak la kot… orang tua Malaysia biasanya kalau umur dah lebih 60 akan lebih fokus pada persediaan untuk mati.
  • Aku cakap pada dia… kami percaya 100% akan adanya kehidupan selepas mati… jadi persediaan bertemu dengan Tuhan perlu dibuat serapi yang mungkin.

Harap Allah buka hati dia pada Islam. Semoga beroleh hidayah dariNya. Itu saja harapan aku.

Sekian catatan hari ni.

#SamuraiMalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *