Tips beli buku

Tips beli buku

* Jangan beli buku banyak sekaligus
* Beli 1 buku saja cukup
* Terus baca buku yang dibeli (wajib baca pada hari buku dibeli)

Pengalaman saya.

Kalau beli buku banyak sekaligus, pasti akan ada buku yang TAK TERBACA (malah dah tak sentuh pun lepas susun atas meja lepas beli…haha…saya la tu)

So paling penting. Sila MULA BACA buku yang anda beli pada HARI BUKU ITU DIBELI ya!

Kalau anda mula baca pada hari buku tu dibeli (tanpa tangguh, walau sehari), insyaAllah besar kemungkinan anda akan berjaya khatam sampai habis.

Sebenarnya (melalui pengalaman saya), membaca ni pun ADA TIMING nya juga.

Kalau timing lari, semangat nak baca akan hilang.

Sebab tu lah, kalau anda ada jumpa mana-mana buku yang anda minat nak baca, terus beli dan baca pada hari itu juga. Jangan tangguh. (Ingat, jaga TIMING!)

Kalau tangguh, timing dah lari, jawabnya semangat/minat nak baca pun akan pudar dan terus hilang.

Maka berlambaklah buku-buku (yang tak pernah dibaca pun) atas meja kita… alahai.

Saya lah tu. huhuhu

Sekadar berkongsi pengalaman. 🙂

#SamuraiMalaya

2 thoughts on “Tips beli buku”

  1. Salam tuan,

    Saya pun ada masalah yang sama pasal timing lari dan pudar semangat/minat membaca. Kesannya banyak buku yang belum saya baca sehingga terpaksa puasa dari beli buku.

    Membeli buku ni satu ketagihan juga. Kita mahu buku tu dan beli. Bila nak baca tu kita fikir kemudian. Jadi, untuk hilangkan ketagihan, saya pergi juga ke kedai buku tapi sekadar membelek buku yang saya berkenan sambil mencium bau buku tersebut. Jika ada buku yang saya berkenan, saya sekadar niat akan beli buku tu esok-esok (#wishlist).

    Tapi pengkongsian tuan tentang beli dan baca segera tu boleh saya praktikkan. Terima kasih.

  2. Salam…
    setujuuu..akak pun camtu..
    setahun nak hbihkan..biasa akak baca bila anak kena masuk wad…tunggu turn kt spital ke..heheh..akak baco dgn feel tau..baru best..
    Allah!..ari ni pesta buku Mula la..kt pwtc…mcm tk dapek poielah…huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *