Berapa gaji tukang sembelih ayam di Jepun?

#002 Video ke-2

Hari ni saya sempat makan-makan dengan seorang tukang sembelih ayam halal di Jepun. Saya tanya dia beberapa soalan.

  • Berapa gaji dia? (setiap bulan dia kirim wang kepada keluarga dia separuh dari gajinya)
  • Berapa banyak duit yang dia bawak balik selepas tamat kerja
  • Berapa ekor ayam sehari dia kena sembelih
  • Apa best nya duduk di Kagoshima?
  • Kenapa dia tak nak balik Vietnam?

#SamuraiMalaya

Tua-tua pun nak ambil lesen property agent

Catatan 11 Mar 2019, lepas makan tengahari (bento) di Ajinatori cafe.

Boss dari Fukuoka, Mr Ishibashi datang duduk berdepan dengan saya. Memang dia selalu tegur dan bersembang dengan saya. Hari ni lepas lunch, dia datang ke meja makan saya di cafe Ajinatori, dan bersembang dengan saya lagi.

Mr Ishibashi, tengah

Topik yang sempat saya sembang dengan dia hari ni ialah:

  • Kepentingan berjalan kaki
  • Dia kata, kena banyak berjalan kaki, bagus untuk kesihatan. Terutamanya orang yang tak ada masa untuk exercise.
  • Apabila berjalan, hampir semua anggota akan bergerak dan jadi aktif
  • Orang yang dah berumur, kalau tak bergerak banyak, akan mudah dihinggapi penyakit…. tahap keupayaan pun akan mudah jadi berkurangan/lemah, katanya.
Continue reading “Tua-tua pun nak ambil lesen property agent”

Tips beli buku

Tips beli buku

* Jangan beli buku banyak sekaligus
* Beli 1 buku saja cukup
* Terus baca buku yang dibeli (wajib baca pada hari buku dibeli)

Pengalaman saya.

Kalau beli buku banyak sekaligus, pasti akan ada buku yang TAK TERBACA (malah dah tak sentuh pun lepas susun atas meja lepas beli…haha…saya la tu)

So paling penting. Sila MULA BACA buku yang anda beli pada HARI BUKU ITU DIBELI ya!

Kalau anda mula baca pada hari buku tu dibeli (tanpa tangguh, walau sehari), insyaAllah besar kemungkinan anda akan berjaya khatam sampai habis.

Sebenarnya (melalui pengalaman saya), membaca ni pun ADA TIMING nya juga.

Kalau timing lari, semangat nak baca akan hilang.

Continue reading “Tips beli buku”

Azam baru saya – blog ini akan diaktifkan kembali

Saya suka menulis. Tapi disebabkan diri yang lalai dan perasaan malas, saya dah jarang menulis panjang. Blog ni pun dah lama benar tak di update.

Entah macammana tiba-tiba hari ni terasa nak menulis di sini.

Rasa rugi pula, ada blog sendiri, tapi tak update.

Tak update tu bukan sebab tak ada masa. Tapi hanya sebab diri yang malas dan leka bermain facebook, instagram, tengok youtube etc.

Continue reading “Azam baru saya – blog ini akan diaktifkan kembali”