Azam baru saya – blog ini akan diaktifkan kembali

Saya suka menulis. Tapi disebabkan diri yang lalai dan perasaan malas, saya dah jarang menulis panjang. Blog ni pun dah lama benar tak di update.

Entah macammana tiba-tiba hari ni terasa nak menulis di sini.

Rasa rugi pula, ada blog sendiri, tapi tak update.

Tak update tu bukan sebab tak ada masa. Tapi hanya sebab diri yang malas dan leka bermain facebook, instagram, tengok youtube etc.

Alangkah baiknya kalau saya manfaat sepenuhnya masa yang saya ada untuk menulis sesuatu yang baik. Moga-moga usaha itu dinilai Allah sebagai amal kebaikan untuk saya.

So, atas niat itu… insyaAllah mulai hari ni, saya akan cuba menulis dan berkongsi sesuatu di sini.

Kalau tak boleh setiap hari pun, mungkin 2 hari sekali.

Terima kasih atas sokongan.

#SamuraiMalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *